Advertising

Nia - Satu - Satunya Wanita Yang Mewakili Malaysia Untuk Menyertai Pertandingan FIFA 18 Peringkat Asia Tenggara

Views

Permainan video FIFA 18 cukup sinonim dimainkan oleh kaum adam tetapi itu bukanlah penghalang kepada wanita untuk menembusi kelompok tersebut.

Azroy Adyana Tajuddin (Nia) atau lebih dikenali sebagai Makthor dalam gelanggan FIFA 18 telah terpilih untuk mewakili pasukan Order of Elites Asia.

Mengulas lanjut mengenai perkara ini, gadis berusia 25 tahun itu memberitahu Astro Awani bahawa beliau bangga kerana terpilih sebagai satu-satunya wanita yang menganggotai pasukan terbaik Asia Tenggara tersebut.

“Saya percaya OoE akan membantu saya dari segi keperluan nasihat jurulatih dan mentor serta latihan untuk menjadi pemain yang profesional.

“Dengan kemahiran yang akan diperolehi bersama pasukan ini, saya berharap ia akan membawa saya untuk menjadi antara pemain wanita terbaik di Asia,” ujarnya lagi.

Antara kejayaan terbaru yang dikecapi oleh Makthor adalah berada dalam kelompok 16 teratas pada kejohanan Virtuelle Bundesliga peringkat Asia Tenggara yang diadakan minggu lepas.

Sumber : Wiser

No comments:

Powered by Blogger.