Advertising

Rupanya Ada 'Bak Kut Teh' Yang Halal Di Singapura, Siapa Pernah Cuba?

Views

Pernah terfikir macam mana rasa Bak Kut Teh? Bagi orang Islam, keenakan Bak Kut Teh semestinya tidak dapat dinikmati. Kita hanya mendengar tentang kelazatannya daripada rakan-rakan non-muslims sahaja. Jadi bagaimana rasa sebenar Bak Kut Teh ya?


Kalau betul-betul nak rasa, anda boleh pergi ke restoran milik keluarga ini di Singapura!


Habib Family Restaurant ada menyediakan Bak Kut Teh Halal, khas untuk Muslim yang ingin mengetahui bagaimana rasa sebenar hidangan yang popular di kalangan masyarakat Cina ini.

Ehem, sebelum membuat spekulasi lebih lanjut, Bak Kut Teh yang disediakan di sini dijamin Halal dan suci untuk dimakan oleh orang Islam

Mungkin ada yang tertanya-tanya:

"Bukankah Bak Kut Teh itu sendiri bermaksud Sup Khinzir? Jadi, kalau ia melibatkan daging khinzir, macam mana pula ia boleh jadi Halal?"


Glad you asked!

Untuk makluman, 'Bak Kut Teh' sebenarnya memberi maksud 'Sup Tulang Daging'.


Secara tradisional, lazimnya Bak Kut Teh dihasilkan dengan daging khinzir dan "bak" itu bermaksud "daging".

Namun bagi Habib Family Restaurant, mereka menukarkannya kepada daging lembu atau daging kambing. Seperti yang diterbitkan oleh Have Halal, Will Travel, restoran milik keluarga ini telah menghidang Bak Tuh Teh Halal Malaysian-style sejak 15 tahun lalu!

Chef berbangsa Cina di restoran ini mengekalkan ramuan Bak Kut Teh sebenar dengan menggunakan rempah tradisional yang kaya dengan perisa autentik


Maka terhasillah resipi Bak Kut Teh dengan daging lembut, diadun sebati di dalam kuah hitam pekat yang cukup lazat sehingga ke titisan terakhir.

Bak Kut Teh di sini disediakan bersama nasi putih dan sambal belacan, menjadikannya satu hidangan unik buat penggemar Bak Kut Teh tradisional.


Lihat video penuh Have Halal, Will Travel di bawah:

Sedikit info tentang Habib Family Restaurant :


Alamat: #01-194, 374 Bukit Batok Street 31, 650374 Singapore (sebelah MRT Bukit Gombak)
Waktu Operasi: 8am - 10pm setiap hari
Telefon: +65 65616976 
Maklumat lanjut sila layari: Facebook | Instagram
Sumber : Says

No comments:

Powered by Blogger.