Advertising

Russia Mempunyai Perancangan Untuk Menjadikan Angkasa Lepas Sebagai Tempat Pelancongan Bermula Tahun Depan

Views

Buat kali pertamanya negara Rusia memiliki rancangan untuk menghantar pelancong ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS).

Menurut Ketua Syarikat Angkasa Rusia (Energia), Vladimir Solntsev, pihaknya kini sedang berbincang untuk memberi peluang kepada pelancong yang ingin merasai pengalaman berjalan (spacewalk) di angkasa. 


“Penganalisis pasaran telah mengesahkan bahawa terdapat golongan berada dan kaya sedia membayar untuk pakej pelancongan ini,” ujar Vladimir.

Meskipun bayaran yang dikenakan kepada pelancong pertama akan dikurangkan, kos perjalanan yang dianggarkan mencecah AS$100 juta (RM388 juta) merupakan sebuah jumlah yang agak besar.

“Pelancong dapat berjalan di angkasa dan membuat filem mahupun klip video.

“Dalam setahun, hanya lima hingga enam penumpang boleh melawat ke angkasa lepas selama 10 hari,” jelas beliau.


Energia merupakan syarikat angkasa yang turut terlibat dalam pasukan pelancaran manusia pertama di angkasa lepas iaitu Yuri Gagarin pada 1961.

Syarikat ini sedang membina modul baharu, NEM-2 yang bakal dilancarkan pada 2019 dimana mampu menampung hingga enam penumpang dalam satu masa serta dilengkapi kabin yang selesa, dua tandas dan akses internet.

Sumber : Daily Mail, Siakap Keli

No comments:

Powered by Blogger.