Advertising

Sebelum Beli Rumah, Ada 4 Benda Ini Anda Kena 'Ready' Sebelum Menangis Di Kemudian Hari

Views

Bila nak beli rumah, banyak sebenarnya perkara yang perlu kita ambil tahu. Bukan sekadar fikir tentang bayaran bulanan, namun bayaran pendahuluan serta bayaran yang lain juga perlu diambil kira.


Sebelum memasang niat untuk membeli rumah di masa depan, pastikan kita mempunyai ilmu yang cukup dan sudah pun bersedia dari pelbagai aspek.

Ingat, sebelum nak beli rumah, ini lima jenis kos yang wajib untuk kita tahu:

1. Deposit


Kebiasaannya kita perlu menyediakan 10% daripada harga jualan. Ini kerana kebanyakan bank hanya memberi pinjaman maksimum sebanyak 90% daripada market value. Kita boleh pilih mana-mana yang lebih rendah di antara kedua-dua pilihan ini.

Contohnya: Harga rumah RM250K, deposit 10% = RM25K

Bagi kes bank yang memberi pakej pinjaman 100% pula, secara kasarnya deposit TIDAK PERLU dikeluarkan langsung. Untuk yang masih mahu mengeluarkan deposit, wang tersebut akan dipulangkan semula apabila proses jual beli telah selesai dilakukan.


2. Legal Fee dan Stamp Duty


Kos peguam juga tidak boleh diabaikan. Kita membayar mereka bagi menguruskan pelbagai perkara seperti caveat, pendaftaran pejabat tanah, pengangkutan, telefon, photocopy, land search, dan lain-lain lagi.

Nak tahu lebih lanjut? Lihat contoh di bawah:

[LEGAL FEE]
 

Harga jualan: RM250K
First RM150K : RM150K x 1.0% = RM1,500
Next RM100K : RM100K x 0.7% = RM700
Total : RM1,500 + RM700 = RM2,200

[STAMP DUTY]
 

Harga jualan: RM250K
First RM100K : RM100K x 1.0% = RM1,000
Next RM150K : RM150K x 2.0% = RM3,000
Total : RM1,000 + RM3,000 = RM4,000
NOTA: Untuk pembelian rumah pertama, anda LAYAK untuk mendapatkan diskaun Stamp Duty sebanyak 50%.
Untuk mengetahui tentang contoh pengiraan Legal Fee dan Stamp Duty, anda boleh terus ke link ini: Lowpartners.com/calculator

3. Valuation Fee


Valuation Fee biasanya akan termasuk sekali dalam pakej pinjaman yang diberi oleh pihak bank.

Rujuk pengiraan di bawah:

Harga jualan: RM250K
First RM100K : RM100K x 0.25% = RM250
Next RM150K : RM150K x 0.2% = RM300
Total : RM250 + RM300 = RM550

4. Jangan lupa insurans perumahan. Ini penting!


Insurans untuk kediaman adalah salah satu polisi insurans paling penting untuk kita miliki. Rumah merupakan satu pelaburan terbesar dan pasti kita ingin melindunginya.

Kebiasaannya insurans akan termasuk sekali dalam pakej pinjaman yang diberi oleh pihak bank. Jadi, anda boleh memeriksa kembali jika pakej yang diberikan tidak lengkap dengan insurans.

Kesimpulannya....

Boleh dikatakan, deposit tunai dan Legal Fee adalah dua kos paling utama yang perlu kita titikberatkan.

Legal Loan, Valuation Fee dan insurans pula kebiasaannya memang akan termasuk dalam pakej pinjaman yang diberikan oleh pihak bank.

Namun, jalan yang paling selamat ialah kita perlu menyediakan wang tunai sekurang-kurangnya 13% daripada harga jualan rumah tersebut.


Sumber : Says

No comments:

Powered by Blogger.