Advertising

Selepas Proton, Geely Berhasrat Untuk Menjadi Pemegang Saham Terbesar Syarikat Mercedes-Benz Pula

Views

Jika sebelum Zheijiang Geely Holding Group selaku syarikat automotif yang berpengkalan dari China berjaya mendapatkan Proton, kini Geely berminat untuk menjadi pemegang saham terbesar sebuah syarikat automotif tersohor dunia iaitu Daimler.

Menyebut mengenai Daimler mungkin ramai yang kurang mengenali syarikat ini. Namun, tahukah anda Daimler merupakan syarikat yang bertanggungjawab dalam menghasilkan Mercedes-Benz.


Berdasarkan laporan, kerjasama diantara Geely dan Daimler ini dibuat sebagai usaha Geely untuk menguasai teknologi bateri dan kereta elektrik. Termeterainya perjanjian ini bermakna sebuah kilang pembuatan bateri khusus buat kereta elektrik bakal dibangunkan di Wuhan. Setakat ini kerjasama diantara dua syarikat gergasi ini masih lagi di dalam rundingan.


Untuk pengetahuan anda, Geely juga merupakan pemegang terbesar syarikat automotif dari Sweden iaitu Volvo. Syarikat Volvo dilaporkan berjaya menunjukkan angka yang positif dari segi jualan serta pengeluaran kereta selepas Geely berjaya menjadi pemegang saham terbesar.


Diharap kerjasama diantara Proton dan Geely juga bakal menunjukkan impak yang sama pada masa akan datang.

Sumber : Paultan, The Vocket

No comments:

Powered by Blogger.