Advertising

UBER Sudah Mula Kenakan Caj Tambahan Sekiranya Anda Lambat Bermula 30 Januari Lalu

Views

Rakyat Malaysia antara yang ‘terbaik’ dalam bab pengurusan masa? Betul tak??

Terbaru, Uber memperkenalkan caj tambahan baru untuk jika pelanggan lambat tiba bermula 30 Januari lalu. Namun, buat masa ini, ia hanya dijalankan di Pulau Pinang sahaja. Lepas ni belajar la untuk tepati masa!

Menurut kenyataan dari Uber, pelanggan diberi masa 3 minit untuk menaiki Uber pada lokasi yang dipilih.


Sekiranya pelanggan lewat dari masa yang diberikan, caj masa tunggu nominal akan dikenakan. Ia bertujuan untuk memudahkan pemandu dan pelanggan.

Caj dikenakan bermula RM0.23/minit untuk uberX dan uberMANDARIN, manakala caj bermula RM0.40/minit untuk uberXL.


Caj tersebut hanya dikenakan setelah selesai perjalanan. Jika pemandu membatalkan perjalanan selepas 3 minit, tiada caj yang akan dikenakan.

No comments:

Powered by Blogger.