Advertising

Untung Siapa Jadi Haters Kim Kardarshian Kerana Beliau Akan Berikan Hadiah Khas Kepada Mereka Sempena Hari Valentine Akan Datang

Views

Februari dianggap bulan romantis sempena dengan Hari Valentine. Di dalam bulan yang penuh dengan kasih sayang ini, kebiasaannya ramai yang memberi hadiah istimewa kepada orang yang tersayang. Ini juga dilakukan juga oleh Kim Kardashian.


BENTUK HATI YANG SAMA

Kakak kepada Kendall Jenner merancang untuk menghantar hadiah istimewa kepada orang sekeliling beliau. Kim yang baru sahaja melancarkan tiga jenis minya wangi terbaru dari koleksi jenamanya, KKW Cosmetic.

Ketiga-tiga jenis minyak wangi yang dinamakan “Bae”, “Ride or Die”, dan “BFF” dan minyak wangi milik Kim ini memiliki bentuk hati yang sama tetapi mempunyai warna yang berbeza pada setiap botol. Warna biru untuk Bae, ungu untuk Ride or Die dan merah jambu untuk BFF.

Selain mengumumkan pelancaran minyak wangi ini, Kim juga berkongsi video mengenai Snapchat beliau dalam bentuk nota “post it” berwarna-warni.


NAMA-NAMA SELEBRITI

Di dalam nota tersebut ada nama-nama selebriti yang disyaki senarai nama yang akan menerima minyak wangi yang dihantar terus oleh Kim Kardashian.

Terdapat beberapa nama yang boleh dilihat seperti Kendall Jenner (BFF Pink), atau Cardi B (Ride or Die), Tailor Swift (Bae), Paris Hilton (Ride or Die), Pink (Bae).


ORANG TERSAYANG

Dalam video Snapchat, Kim Kardashian menerangkan..

“Saya akan menghantar minyak wangi ini kepada orang yang saya sayang, kepada haters saya, dan kepada semua orang saya yang selalu berada di fikiran saya, kerana Hari Valentine adalah hari untuk semua.”

Tetapi dalam video itu tidak menjelaskan mengapa dia memberikan minyak wangi kepada haters beliau.


DERETAN NAMA SELEBRITI

Barisan nama yang dapat dilihat di nota post it biru ialah Sarah Michelle Gellar, Piers Morgan, Janice Dickinson Naya Rivera, Chloe Grace Moretz, Blac Chyna, Pink, Taylor Swift, Bette Midler, Wendy Williams, Chelsea Handler, dan Sharon Osborne.


Sumber : Hangat 

No comments:

Powered by Blogger.