Advertising

Xperia XZ2 - Akhirnya Sony Menghasilkan Kelainan Dalam Rekaan Telefon Pintar Mereka Yang Terbaru Ini

Views

Selain daripada pelancaran Samsung Galaxy S9 yang berjaya mencuri perhatian ramai di MWC 2018 yang berlangsung di Barcelona, Sony pada hari ini turut melancarkan smartphone terbaru mereka iaitu Sony XZ2 dan XZ2 Compact.

Melalui model terbaru ini, Sony berharap Sony XZ2 mampu menjadi model yang berpeluang buat syarikat yang semakin dilupakan di dalam arena smartphone ini menjadi pencabar terdekat buat jenama-jenama besar lain seperti Sony, Apple dan Samsung.


Sekali imbas, Sony XZ2 masih lagi membawakan gaya dan rekabentuk yang tidak jauh bezanya berbanding model tahun-tahun yang lalu. Walaubagaimanapun, Sony nampaknya lebih berpihak untuk memberi penekanan buat spesifikasi smartphone berbanding rekaannya.

Dari segi spesifikasi, Sony XZ2 dikuasakan dengan processor Snapdragon 845 serta digandingkan bersama RAM 4 GB. Melihat kepada processor yang digunakan, kami jangkakan smartphone ini bakal mempunyai kelajuan yang hampir sama sepertimana Samsung Galaxy S9.


Slot microSD masih lagi dikekalkan membolehkan Sony XZ2 menampung sehingga 400GB ruang storan tambahan.

Apa yang membuatkan model ini tampil ini berbeza adalah penambahan Sony Xreality engine yang membolehkan video SD diubah kepada HDR sercara terus. Teknologi yang sudah lama diimplemen di TV kini dibawakan pada smartphone.


Seperti pada tahun lepas, Sony masih lagi menggunakan kamera 19-megapixel. Kebolehan untuk merakam video paparan 4K dengan teknologi HDR dan video slow-motion 960fps pada paparan 1080p antara yang membuatkan smartphone ini tampil berbeza berbanding pesaing.

Sony nampaknya mengambil pendekatan yang hampir sama seperti Google Pixel 2 dimana hanya menyertakan satu kamera dibahagian hadapan dan belakang smartphone ini. Teknologi software yang ditawarkan membolehkan Sony XZ2 mengecam wajah untuk gambar potret seterusnya menghasilkan bokeh.


Sumber : The Vocket

No comments:

Powered by Blogger.