Advertising

Alahai Kesiannya, Kerana Ekonomi Malaysia Teruk, Filem 'Busker' & 'Badang' Catat Kutipan Tiket Paling Hawau (Sarcasm)

Views

Sepanjang permulaan tahun baru 2018, iaitu dari bulan Januari sehingga Mac sebanyak enam buah filem tempatan telah memasuki pawagam namun filem-filem dikatakan masih lagi gagal untuk menarik minat pengemar filem pergi ke pawagam dan menonton filem mereka.

Itu dilihat berdasarkan senarai hasil kutipan yang diperolehi oleh keenam-enam filem itu seperti yang dikeluarkan oleh FINAS. Dimana, dalam keenam-eman filem, filem ‘Buskers’ lakonan lakonan Hafeez Mikhail, Daiyan Trisha, Anas Ridzuan, dan ramai lagi yang dijangka dapat menarik gologan muda ke pawagam mengalami kegagalan teruk.


Sehinggakan berada di kedudukan terbawah sekali dari segi hasil kutipan dengan hasil kutipan sebanyak RM68,739.94 sen sahaja meskipun telah ditayangkan di 52 buah pawagam di seluruh Malaysia. Mengikuti kedudukan ‘Buskers’ itu pula adalah filem pertama lakonan Datuk Aliff Syukri, ‘Badang’.


Filem yang dikatakan mampu menandingi filem box office, ‘Black Panther’ dan memakan bajet perbelanjaan sebanyak RM2.5 juta itu malangnya hanya mampu mencatat kutipan tiket sebanyak RM68, 816.17 sahaja.

Malah, filem yang menampilkan barisan pelakon gred A seperti ‘Bukan Cinta Malaikat’ dan ‘Makrifat Cinta’ juga masih gagal dan hanya mengutip keuntungan sebanyak RM134,324.56 dan RM 138, 686.04 sahaja.


Setakat ini, hanya filem ‘Abang Long Fadhil 2’ dan ‘Polis Evo’ sahaja yang mampu mengaut keuntungan berjuta ringgit dan sekaligus menjadi filem tempatan yang mendapat pencapaian paling tinggi.


Nampaknya, industri seni tanah air masih mempunyai jalan yang panjang dalam menghasilkan filem meletup seperti yang diperolehi oleh filem ‘Sembilu’ lakonan Erra Fazira dan juga Awie yang berjaya mengutip lebih daripada 6 juta keuntungan.

Mungkin sudah sampai masanya, industri seni tanah air kaji mana yang tidak kena dan lakukan pembaharuan supaya industri seni tanah air tidak mati begitu sahaja.

Sumber : Utaranews

No comments:

Powered by Blogger.