Advertising

Angkuh Atau Strategik? China Bakal Larang Orang Miskin Untuk Menggunakan Kapal Terbang Dan Kereta Api

Views

Warganegara China yang berstatus rendah dalam Sistem Kredit Sosial bakal menerima larangan untuk menaiki penerbangan dan tren bermula bulan Mei nanti.

Menurut kenyataan di laman web Pesuruhjaya Pembangunan dan Reformasi Nasional China, larangan ini turut diguna pakai kepada individu yang melakukan kekacauan dalam penerbangan, menggunakan tiket tren yang sudah tamat tempoh dan merokok di dalam tren.


Pemerintah negara tersebut percaya bahawa rakyat yang memiliki ‘nilai’ rendah harus dibataskan pergerakannya termasuk pemiutang seperti pengasas LeEco dan Faraday Future, Jia Yeuting yang namanya sudah disenaraihitam pada tahun lepas.


Menurut sumber Reuters, setakat awal tahun lepas sahaja sudah 6.15 juta Rakyat China yang menerima larangan untuk menaiki pesawat akibat salah laku sosial. Jumlah yang boleh dikatakan agak ramai untuk pengguna kenderaan awam.

Sumber : The Vocket

No comments:

Powered by Blogger.