Advertising

Inilah Cara - Caranya Untuk Suami Isteri Jana RM113,000 Dalam Masa 5 Tahun Dengan ASB Loan

Views

Kami yakin, mana-mana pasangan suami isteri mesti ada sedikit portion daripada gaji untuk disimpan setiap bulan. Terpulanglah sama ada menyimpan di dalam tabung fizikal atau di dalam akaun bank, yang penting tabiat menyimpan itu mesti kena ada.

Tetapi, salah satu option simpanan terbaik dan paling berbaloi tentunya menyimpan melalui ASB loan. Selain pulangan lumayan, ASB loan juga dapat menjadi satu alat yang "memaksa" anda untuk menyimpan, tak sama macam simpan dalam tabung.

Lebih penting, anda perlu tahu teknik dan cara yang betul untuk memaksimumkan pulangan. Barulah untung!

Tahukah anda, ASB loan mampu memberi pulangan sebanyak RM56,000 dalam masa 5 tahun?

Bunyi macam tak logik, tapi sebenarnya langsung tak mustahil. Dengan teknik yang betul dan disiplin yang tinggi, RM56,000 ini pasti menjadi milik anda dalam masa 5 tahun akan datang.

Nak tahu macam mana?

Perkongsian dari Redzwan Khairudin di Facebook ada menerangkannya secara terperinci. Baca, fahami, dan hadamkan dalam-dalam supaya anda juga boleh mengguna pakai teknik ini yang ternyata berkesan.

Perkongsian penuh di bawah:

Amaran: Posting ni banyak point, dan maybe panjang sikit. Cuba baca slow-slow, kalau tak boleh nak hadam, ingat point nombor berapa berhenti, pergilah minum air dulu, nanti sambung hadam semula.

Teknik 1: Guna ASB Financing-i (Buku Biru) / Dividen @ 7.25% p.a

1. Tahun pertama buat sijil ASB Financing RM100k, bayaran bulanan pada bank RM550. Lepas setahun, dapat dividen RM7,250.

2. Tahun seterusnya tambah lagi satu sijil ASB Financing RM100k, tak perlu keluar duit kocek untuk bayar pada bank. Guna Dividen dari Sijil 1 untuk langsaikan komitmen bulanan setahun terus bagi Sijil 2 sebanyak RM6,600.

3. Baki Dividen sekarang tinggal lagi RM650. Biarkan saja. Tapi jangan lupa untuk teruskan membayar RM550 komitmen bulanan kepada bank bagi sijil pertama bernilai RM100k.

4. Hujung tahun kedua terima Dividen dari kedua-dua sijil serentak. Dividen pada waktu itu dah cecah nilai RM14,500 (RM7,250 x 2). Sama saja, ulang proses kewangan seperti sebelum ni. Langsaikan setahun terus untuk sijil kedua sebanyak RM6,600.

5. Sijil pertama tetapkan terus membayar pada RM550 sebulan kepada bank. Baki dividen setelah langsai ialah RM7,947 ketika ini.

6. Ulang proses yang sama sehingga terima dividen Tahun 5, full amount sebanyak RM16,404. Bila dah dapat dividen, maka terminate kontrak ASB Financing untuk kedua-dua sijil pembiayaan tu tadi.

7. Pihak bank akan pulangkan semula cash hasil jualan sijil pembiayaan ASB1 & ASB2.

8. Untuk sijil 1 dapat semula RM8,000. Manakala untuk sijil 2 dapat semula RM6,200 secara kiraan kasarnya.

9. Total Cash Dalam Tangan (Cash In Hand) pada ketika ini (5 Tahun dari sekarang):

= RM650 + [RM7,947 + RM8,523 + RM9,141] + RM16,404 + RM8,000 + RM6,200
= RM56,865

10. Setiap hujung tahun, dividen berbaki korang jangan usik. Biarkan sahaja dalam buku ASB. Compounding effect akan tingkatkan jumlah cash. Kiraan seperti diatas akan menjadi relevan dan rasional.

Macam mana nak dapatkan RM113,000? Darab saja total cash in hand itu dengan 2.

Teknik yang dikongsi oleh Redzwan Khairudin itu boleh digunakan oleh sesiapa saja. Bayangkan jika pasangan suami isteri menggunakan teknik yang sama dan terus disiplin menyimpan melalui ASB loan selama 5 tahun.

Pulangan sebanyak RM113,000 memang gerenti!

Redzwan Khairudin turut berkongsi lagi satu teknik untuk menyimpan. Cuma kali ini, jumlahnya agak kurang sedikit dan tidak mencecah RM70,000.

Berminat nak tahu? Baca di bawah:

Teknik 2: ASB Financing-i (Buku Purple) / Dividen @ 7.05% p.a

1. Teknik ini optional, jika ada kemampuan seperti cash savings yang solid dan sudah tidak tahu nak buat apa dengan cash tersebut, maka anda mungkin berminat untuk menghadamkan langkah yang ini. Teruskan membaca.

2. Cuba check simpanan Tabung Haji, simpanan dalam bank BSN, simpanan dalam Tabung Cap Ayam mahupun simpanan Bawah Bantal jika kalian punyai sebuah simpanan cash sebanyak RM13,200.

3. Jangan berlengah lagi, terus pergi buka buku ASB 2 yang baru dilancar tahun 2014 (Warna Purple) oleh PNB / ASNB. Mohon pembiayaan full nilai RM200k diikat selama 30 Tahun. Maka, komitmen bulanan akan menjadi sebanyak RM1100 +- & komitmen setahun lengkap (12 bulan) akan menjadi RM13,200 +-.

4. Gunakan hasil simpanan sebanyak RM13,200 dari Tabung Cap Ayam misalannya untuk cover terus komitmen setahun bagi sijil pembiayaan nilai RM200k tersebut.

5. Hujung tahun terima dividen sebanyak RM14,100. Gunakan sebahagian dari dividen itu untuk terus langsaikan komitmen pembiayaan Sijil RM200k bagi Tahun Ke-2 sebanyak RM13,200. Baki Dividen akan menjadi RM900 ketika ini. Biarkan sahaja.

6. Ulangi langkah yang sama untuk kalian setelkan komitmen Tahun ke-3 sehingga Tahun ke-5. Terima Dividen Penuh pada hujung Tahun ke-5 sebanyak RM14,382. Selepas itu boleh batalkan kontrak Sijil pembiayaan RM200k anda.

7. Pihak bank akan pulangkan semula cash hasil jualan sijil pembiayaan ASB. Anda terima semula sejumlah RM16,000.

8. Total Cash Dalam Tangan (Cash In Hand) pada ketika ini (5 Tahun dari sekarang):
= RM900 + [RM963 + RM1,031 +RM1,104] + RM14,382 + RM16,000
= RM34,380

9. Setiap hujung tahun, dividen berbaki korang jangan usik. Biarkan sahaja dalam buku ASB. Compounding effect akan tingkatkan jumlah cash. Kiraan seperti diatas akan menjadi relevan dan rasional.

Mana satu pun pilihan anda, dua-dua pun akan memberi keuntungan yang banyak. Memang berbaloi menyimpan melalui ASB loan bila dah tahu teknik.

Jadi, bolehlah mula rangka pelan kewangan bersama-sama selepas ini. Yang penting, mesti kena disiplin dan duit tak boleh usik langsung.

Selepas 5 tahun, baru boleh enjoy! Selamat mencuba semua. :)

Sumber : Says Seismik

No comments:

Powered by Blogger.