Advertising

KL Special Force - Filem Aksi Terbaru Dari Skop Production Yang Bakal Memecahkan Kehambaran Industri Perfileman Malaysia Untuk Tahun 2018

Views

Selepas filem arahannya seperti ‘Abang Long Fadhil’, ‘SAM’, “Desolasi’, dan banyak lagi mendapat penerimaan yang sangat baik di pawagam, kini, pengarah terkenal, Syafiq Yusof bakal menemui peminat dengan filem baru bertajuk ‘KL Force’.

Namun, menurut Syafiq untuk mengeluarkan filem yang bertemakan aksi kepolisan itu bukan sesuatu yang mudah kerana ia melibatkan organisasi polis tetapi filem itu telah mendapat kerjasama serta sokongan penuh daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).


Malah, untuk menyiapkan skrip filem itu juga Syafiq dan bapanya, Datuk Yusuf Haslam terpaksa naik turun Bukit Amin supaya ia tidak menyentuh isu sensitif atau peraturan yang ditetapkan oleh PDRM.

Bukan itu sahaja, tetapi demi menjaga imej PDRM, mereka juga tidak akan mengunakan pakaian seragam PDRM dan ianya akan dilakukan mengikut etika serta integriti yang telah ditetapkan.


Meskipun begitu filem ‘KL Force’ masih tetap dipenuhi dengan aksi-aksi ngeri dengan mengunakan 10 kesan khas dan dikatakan mampu memuaskan selera peminat filem aksi tempatan.

Selaku tunjang utama syarikat Skop Production, Datuk Yusuf Haslam mengatakan yang mereka tidak meletakkan harapan yang tinggi pada filem itu kerana sedar keadaan pasaran tempatan yang teruk tetapi tetap berharap filem ‘KL Force’ mendapat tempat di hati peminat-peminat filem tanah air.


Sementara itu, filem ‘KL Force’ menceritakan mengenai sekumpulan unit khas PDRM diketuai oleh Roslan (Datuk Rosyam Nor) dan dibantu oleh polis muda bernama Zul (Fattah Amin) berusaha untuk menumpaskan perompak yang diketuai oleh Asyraff (Syamsul Yusof).

Filem ‘KL Force’ bakal menemui peminat filem tempatan di pawagam pada 8 Mac ini dan sementara itu kita layan dahulu trailer rasmi filem itu yang pastinya akan membuatkan orang ramai berasa teruja untuk menonton filem itu dipawagam kelak.



p/s: filem melayu dari skop production je aku layan tengok wayang, memang la tak boleh compete dengan filem luar tapi at least filem dari mereka ni ada kualiti la sikit dari lain. Takyah nak acah-acah selera kau paling hipster tak layan filem-filem melayu sedar diri tu sikit. Kalau kau terer, pergi buat filem yang kau rasa selera kau power sangat tu. Filem Badang tu takleh nak diselamatkan lagi, memang tutttttttt *terpaksa censored caruttan tersebut. Come on guys support industri filem Malaysia. Filem berkualiti kita puji la sikit, bila nak tengok tu jangan letakkan harapan yang tinggi.

Sumber : Utaranews

No comments:

Powered by Blogger.