Advertising

KL Special Force Review : Plot Twist Dalam Filem Ini Bakal Membuatkan Anda Tercengang

Views

Sejak dari zaman 90an lagi, nama Datuk Yusof Haslam memang unggul dalam dunia perfileman negara kerana berjaya mencipta dan mengukuhkan jenamanya sendiri menerusi puluhan filem yang mampu menawan hati para penonton sehingga kini seumpamanya Bara, Pasrah dan Sembilu.


Apa yang lebih membanggakan apabila kini dua orang anaknya, Syafiq dan Syamsul pula yang mengikut jejak langkahnya.

KL Special Force Gempak

Setiap kali filem keluaran dari Skop Production, sememangnya tidak pernah menghampakan penonton. Kami suka dengan hasil buah tangan anak Dato Yusof Haslam iaitu Syamsul dan Syafiq. Mereka berdua lah karyawan yang perlu di contohi bukan seperti filem syok sendiri Super Hero tyang sememangnya buang masa untuk ditonton.

Plot Cerita Tersusun

Filem ini mengisahkan sepasukan anggota Unit Tindakan Khas polis yang diketuai oleh DSP Roslan (lakonan Dato Rosyam Nor) yang cuba menumpaskan sekumpulan perompak bank yang menggelarkan diri mereka Anarkis.


Asyraf lakonan Syamsul Yusof, merupakan kepala geng yang sering melakukan rompakan bersenjata di bank bank sekitar Kuala Lumpur. Kelicikan mereka menyebabkan Roslan dan anggota yang lain tidak dapat menumpaskan penjenayah ini sehingga terpaksa memasukkan Insp. Zul lakonan Fattah Amin untuk membantu Roslan.


Berlakunya konflik  di antara Zul dan Roslan kerana sering ada perselisihan faham dan tidak mempercayai antara satu sama lain kerana kumpulan perompak sukar untuk ditumpaskan.

Review Terbaik Dari Penonton

Dari sudut yang lebih luas, KL Special Force telah berjaya menggabungkan pelbagai aksi diinspirasi dari filem Hongkong, Bollywood & Hollywood. Jalan cerita filem ni cukup mendebarkan. Aksi tak henti-henti. Lepas selesai satu, satu lagi yang muncul. Plot sangat laju. Tak buang masa dan confirm mata tak berkerdip.

Waktu babak tiada aksi atau lawan-lawan, muncul babak melibatkan emosi dan perasaan pula. Pendek kata, Syafiq Yusof sebagai pengarah telah memanfaatkan setiap babak tanpa rasa bosan.

Syafiq Yusof Terkenal Dengan Twist Plot

Kalau anda penggemar filem arahan Syafiq Yusof, pasti anda dah tahu permainan beliau. Jawapan bagi segala permasalahan akan dijawab di hujung cerita. Sama macam cerita S.A.M, Desolasi, Abang Long Fadil 2 hinggalah KL Special Force ini.


Beliau takkan bagi anda lebih awal kenapa watak ini begini dan begini. Kalau ada pun, ia sengaja diberi supaya anda terkeliru. Bila anda rasa andaian anda betul, maka Syafiq bijak ‘twist plot’ sehingga anda tercengang.

Jadi, jangan cepat buat kesimpulan terlalu awal. Tonton sampai habis.

Datuk Rosyam Nor Sangat Mantap


Lakonan Datuk Rosyam Nor sangat mantap. Percayalah, wataknya sarat dengan emosi. Ada ketika anda akan rasa geram dengan beliau, ada ketika anda rasa simpati, ada masanya anda rasa tak guna betul dia ni hinggalah ada satu babak beliau akan membuatkan air mata anda  mengalir tanpa sedar.

Fattah Amin Tak Kayu

Gelaran kayu dah boleh buang buat selamanya. Kami sendiri pun tak tahu mana datangnya gelaran kayu yang Fattah Amin dapat selama ini. Apa-apa pun dalam filem, Fattah banyak buat aksi yang hebat dan mantap.


Aksi dalam filem ini boleh kata semua dia buat sendiri. Loncat dan terjun bangunan, lawan atas bas yang bergerak, dilanggar oleh kereta, bertumbuk dan ditumbuk dan macam-macam lagi.

Syabas Fattah Amin kerana dah berjaya membuktikan dirinya pelakon berbakat walaupun baru berumur 24 tahun.

Lebih Kenal PDRM

Tak sangka dalam filem ni kita dapat mengenali unit IT PDRM yang efisien sekali. Mereka mampu menyelia, memantau, mencari maklumat dan menangkap pesalah melalui CCTV yang dipasang di setiap lokasi yang berbeza. Jadi,  tak pelik kalau di alam nyata ada kes yang PDRM cepat selesaikan. Jadi, kalau nak tengok sisi lain bagi polis Malaysia, memang wajiblah tonton filem ni.

Sedikit Persamaan Dengan Police Story


Meskipun filem ini ada sedikit persamaan dengan Filem Hong Kong yang bertajuk Police Story, tetapi ia tetap menghiburkan dan mempunyai keistimewaannya sendiri. Kami harapkan orang Malaysia dapat beri sokongan untuk filem ini kerana kami berani katakan anda tak rugi untuk menontonnya. Tahniah SKOP Production kerana sentiasa menghasilkan idea di luar dari kotak dan mempersembahkan filem aksi yang selalu tip top!

Sumber : Hangat

No comments:

Powered by Blogger.