Advertising

Kucing Ini Viral Kerana Menjadi Penjual Ikan Tercomel Di Pasar Basah Vietnam

Views

Kucing yang berusia 3 tahun dan pemiliknya, Le Quoc Phong, memanggilnya dengan nama timangan 'Dog' bersama-sama menjual ikan di pasar basah di Vietnam. Seolah-olah seperti peniaga yang sebenar, 'Dog' dipakaikan dengan pakaian yang unik dan comel.

Oleh kerana penampilannya yang unik tersebut, 'Dog' telah terkenal disekitar kawasan pasar basah tersebut, malah mempunyai peminatnya yang tersendiri yang akan mengambil gambar bersama. Selain berniaga ikan, fungsi 'Dog' juga adalah menjaga ikan-ikan daripada dicuri oleh kucing lain. 

Dengan berbekalkan wajah yang garang dan macho, tugas 'Dog' meungkin sedikit mudah. Sebenarnya bukan mudah tugas 'Dog' ini, kerana ianya memerlukan kesabaran dan tahap iman yang tinggi untuk tidak meratah ikan yang terhidang banyak didepan mata.

Oh ya, 'Dog' juga tidak perlu menjadi viral dengan masuk ke kelab malam Zouk untuk semata-mata menjadi terkenal. Jom kita tengok koleksi gambar kucing yang comel ini.














Sumber : Lee Quoc Phong

No comments:

Powered by Blogger.