Advertising

(Video) Tidak Boleh Terima Kekalahan Liverpool, Jamie Carragher Ludah Muka Budak 14 Tahun

Views

Marah dan kecewa atas kekalahan dengan Manchester United di Old Trafford, Sabtu lalu, bekas pemain Liverpool Jamie Carragher bertindak meludah ke arah seorang remaja perempuan berusia 14 tahun.

Dalam sebuah rakaman video oleh Daily Mirror, Carragher yang juga bekas England itu dilihat meludah remaja berkenaan dari dalam keretanya.

Memetik laporan Daily Mail, difahamkan remaja tersebut sedang berada dalam kereta bersama bapanya, yang pada ketika itu sedang bertelagah dengan Carragher mengenai perlawanan Manchester United dengan Liverpool itu.
Carragher yang berang mendengar keputusan perlawanan itu diulang-ulang, terus meludah dan terkena muka gadis berkenaan, membuatkan remaja itu menangis.

Bagaimanapun Carragher, 40 tahun, telah menghubungi keluarga remaja tersebut dan memohon maaf berhubung kejadian itu yang disifatkannya sebagai tidak terkawal dan benar-benar tidak boleh diterima.

Selain itu, dia juga telah memuat naik satu posting di Twitter tentang permohonan maafnya itu.


Sabtu lalu, Marcus Rashford menjadi wira apabila meledakkan dua jaringan untuk membantu Manchester United mencatat kemenangan 2-1 ke atas Liverpool. 

Keputusan itu mengekalkan United di tangga kedua liga, dengan terpisah 13 mata daripada pendahulu Manchester City yang bakal menentang Stoke pada Isnin ini.



Sumber : Astro Awani

No comments:

Powered by Blogger.