Advertising

6 Fakta Yang Dirahsiakan Oleh Amerika Tentang Pendaratan Apollo 13 Yang Mungkin Anda Tidak Tahu Hingga Sekarang

Views

Apollo 11 adalah ekspedisi angkasa lepas pertama yang membuatkan manusia mendarat di Bulan. Kru-kru yang terlibat termasuklah Neil Armstrong dan Edwin "Buzz" Aldrin, yang menjadi manusia pertama yang berjalan di Bulan.

Ia merupakan fakta yang diketahui oleh semua orang di seluruh dunia. Walau bagaimanapun, terdapat fakta-fakta yang aneh dan pelik tentang ekspedisi Apollo 11 yang tidak diberitahu dan tidak diketahui secara meluas.

1. Presiden Richard Nixon disediakan ucapan sekiranya angkasawan gagal pulang ke Bumi


Presiden Amerika Syarikat ketika ekspedisi ke Bulan dilakukan, Richard Nixon telah disediakan ucapan sekiranya kru Apollo 11 tidak berjaya pulang ke Bumi, terutamanya jika Neil Armstong dan Buzz Aldrin terperangkap di Bulan.

NASA mempunyai keyakinan tinggi terhadap kapal angkasa Apollo 11 namun mereka tak yakin dengan lunar modul yang digunakan ketika pendaratan di Bulan.

NASA bimbang lunar modul mungkin gagal untuk berfungsi atau rosak ketika digunakan serta meletup di Bulan.


Mereka juga risau bahawa ia mungkin tidak dapat berhubung semula dengan "command module" yang akan membawa kru Apollo 11 pulang ke Bumi.

Bergantung kepada apa yang berlaku, kru-kru Apollo 11 boleh terbunuh dengan serta-merta, mati kelaparan atau membunuh diri. Dan ucapan yang disediakan untuk Presiden Richard Nixon merupakan idea daripada NASA.

Ia diberikan kepada penulis ucapan Rochard, William Safire, melalui angkasawan dan penghubung Nasa ke White House iaitu Frank Borman, sebulan sebelum Neil Armstrong dan Buzz Aldrin menjejakkan kaki di Bulan.



Malah, mereka masih berada di Bumi ketika ucapan ini ditulis.

Jika mereka benar-benar tidak berjaya pulang ke Bumi, para isteri angkawasan tersebut akan dihubungi dan dimaklumkan mengenainya.

Kemudian, Richard Nixon akan membaca ucapan yang bermula dengan ayat, "Nasib telah menetapkan bahawa mereka yang pergi ke Bulan untuk meneroka secara aman akan tinggal di sana untuk berehat dengan damai selamanya,".

2. Neil Armstrong membuang sampah di Bulan


Buzz Aldrin dan Neil Armstrong kekal di dalam lunar modul untuk beberapa minit selepas mendarat di Bulan.

Ketika itu, Aldrin memberikan beg sampah yang dipenuhi dengan pembalut makanan dan bekas najis kepada Neil.

Neil kemudiannya membuang beg sampah tersebut ke permukaan Bulan apabila beliau turun daripada lunar modul.

Gambar pertama Bulan yang diambil oleh beliau jelas sekali menampakkan beg sampah tersebut.

Para angkawasan ini kemudiannya membuang lebih banyak sampah dan alatan untuk memberikan ruang di dalam beg untuk diisi dengan batu dan debu yang diambil dari Bulan.


Banyak daripada alatan tersebut masih berfungsi dengan baik dan sesetengahnya sangat penting untuk kejayaan misi ini.

Antara alatan tersebut termasuklah penimbang, tukul dan pemantul laser yang digunakan untuk mengukur jarak di antara Bumi dan Bulan.

Kedua-dua angkasawan ini juga meninggalkan tangga untuk menuruni lunar modul yang hanya berguna ketika pendaratan.

Malah, mereka menambah plak sebagai mercu tanda di situ yang tertulis, "Di sini manusia dari planet Bumi pertama kalinya menjejakkan kaki di Bulan. Julai 1969. Kami datang dengan damai untuk semua manusia,".

Sampah, alatan dan sebahagian daripada lunar modul tersebut masih terdapat di Bulan.

3. Terdapat hanya satu gambar memaparkan keseluruhan badan Neil Armstong berjalan di Bulan


Neil Armstrong adalah wakil pendaratan Bulan Apollo 11. Namun, kebanyakan daripada gambar yang diambil semasa ekspedisi ini memaparkan Buzz Aldrin.

Neil adalah pengendali kamera utama dan beliau menggunakannya untuk mengambil gambar Buzz Aldrin. Buzz juga mempunyai kamera namun beliau diarahkan untuk mengambil gambar-gambar lain.

Gambar terbaik Neil Armstrong tidak memaparkan dirinya dengan begitu jelas. Beliau sedang melakukan sesuatu berhampiran dengan lunar modul, membelakangkan kamera.

Tiada gambar yang memaparkan Neil Armstrong berjalan di Bulan. Namun, Neil muncul dalam satu gambar Buzz Aldrin yang diambil oleh dirinya sen diri. Pantulan Neil kelihatan pada visor Buzz Aldrin.

4. Angkasawan Apollo 11 ketiga tak menjejakkan kaki atau berjalan di Bulan


Telah diterangkan di atas bahawa satu ucapan telah disediakan untuk Presiden Richard Nixon sekiranya lunar modul yang dinaiki Neil Armstrong dan Buzz Aldrin meletup, gagal berfungsi atau tidak dapat berhubung dengan Command Module, membuatkan mereka tak dapat pulang ke Bumi.

Command Module ketika itu sedang mengorbit Bulan manakala lunar modul berada di Bulan. Di dalam command module adalah Michael Collins, angkasawan ketiga. 

Michael tidak mendarat di Bulan kerana seseorang perlu mengawal command module. Ketika mana Neil dan Buzz mengambil gambar, membuang sampah dan mengumpulkan sampel tanah dan batu, Michael pula mengambil gambar Bulan.


Beliau kekal di dalam command module lebih daripada 20 jam. Dan jika Neil dan Buzz terperangkap di Bulan, Michael akan pulang ke Bumi bersendirian.

Ini disebabkan namanya tidak dimasukkan ke dalam ucapan yang disediakan untuk Presiden Richard Nixon. Kebarangkalian untuk meninggalkan kedua-dua angkasawan itu di Bulan bergantung kepada Michael.

Malah, Michael sangat risaukan perkara ini sekurang-kurangnya untuk 6 bulan. Ketika mengorbit Bulan, beliau menulis bahawa beliau akan dihantui sepanjang hidupnya jika ia benar-benar berlaku.

5. Kru Apollo 11 tak diberikan insurans nyawa tetapi mencari jalan sendiri


Seperti yang dijelaskan, kru-kru Apollo 11 mungkin berhadapan dengan kemungkinan bahawa mereka tak akan dapat pulang dari Bulan. Para angkasawan sepatutnya mengambil insuran nyawa namun ia tersangatlah mahal. 

Jadi, kru-kru Apollo 11 menandatangani banyak autograf agar ahli keluarga mereka boleh menjualnya selepas kematian mereka. Para angkasawan Apollo 11 sudah lama terkenal, sebelum mereka meninggalkan Bumi lagi.

Mereka mempunyai ramai peminat yang meminta tandantangan. Malah, kru-kru ini menandatangani beribu-ribu autograf selepas misi ini, yang mana sesetengah daripada peminat menjualnya dengan harga yang agak tinggi.

Walaupun autograf mereka mungkin bernilai tinggi, namun ia boleh melonjak lebih mahal jika mereka tidak berjaya pulang ke Bumi, dengan kata lain terbunuh di angkasa lepas.

6. Kru Apollo 11 dikuarantin sebaik sahaja pulang ke Bumi


Angkasawan pada hari ini agak beruntung kerana mereka boleh bergaul dengan orang di Bumi sejurus selepas mendarat dan keluar daripada kapal angkasa. Namun ia tidak berlaku kepada ketika zaman Apollo 11.

Selepas misi ke bulan, para angkasawan Apollo 11 dikuarantin selama 3 minggu sebelum dibenarkan untuk bercampur dengan orang lain. Ia merupakan langkah berjaga-jaga.

NASA tidak pasti sama ada Bulan mempunyai mikroorganisma yang boleh membunuh.

Jadi adalah disyorkan untuk mereka ini dikuarantin, bersama-sama sampel Bulan dan sut angkasa untuk diperiksa jika terdapat kehadiran mikroorganisma. Anak-anak kapal diawasi jika terdapat jangkitan baru.

Krew-krew Apollo 12 dan 14 juga dikuarantin. Walaubagaimanapun, NASA tidak lagi meneruskannya ketika Apollo 15 mendarat kerana telah disahkan bahawa kawasan-kawasan di Bulan yang diterokai bebas daripada mikroorganisma.

Sumber : Iluminasi

No comments:

Powered by Blogger.