Advertising

Disebabkan Ingin Berjimat, Pelajar Ini Masuk Ke Hospital Kerana Hanya Memakan Mi Segera Selama 3 Minggu Berturut Turut

Views

Gara-gara mahu menjimatkan belanja, seorang pelajar universiti hanya makan mi segera selama tiga hari secara berterusan.

Pelajar terbabit mahu menyimpan wang untuk berbelanja sempena Singles Day, versi Black Friday di China untuk fiesta jualan membeli-belah.

Akibat diet dengan cara pelik itu, dia jatuh sakit sheingga terpaksa menggunakan wang simpanannya bagi membiayai bil perubatan.

Hong Jia menjadi tajuk berita di China pada awal bulan ini, selepas didedahkan bahawa dia hanya makan mi segera sejak 15 Oktober lalu.  

Menerusi video Pear yang tular, Jia berkata, dia dapat membuat simpanan berjumlah 749 yuan ($108/RM453) dengan melakukan diet cara murah.


Katanya, wang tersebut dirancang untuk berbelanja pada 11 November lalu.

Malangnya, Jia tidak berpeluang untuk membeli barangan pada harga diskaun seperti yang dihajati, sebaliknya dia terlantar di hospital pada sambutan Singles Day.

“Saya gunakan hampir semua simpanan untuk sembuh,” kata Jia kepada pemberita.

Walaupun tidak mengulas lanjut mengenai masalah kesihatannya, Jia berkata, dia mengalami demam panas sehingga dia terpaksa dimasukkan ke hospital.

Tambah Jia, meskipun punca sebenar sakitnya tidak dapat dipastikan, tetapi hanya memakan mi segera itu mungkin menjadi penyebabnya.



Sumber : Mstar, Odditycentral

No comments:

Powered by Blogger.