Advertising

Huawei Bakal Hadir Dengan Telefon Skrin Boleh Lipat

Views


Acara Mobile World Congress(MWC) sentiasa menjanjikan kejutan dan keterujaan kepada pengikut industri telefon pintar dan gajet saban tahun. MWC 2019 juga tidak akan terkecuali.

Selepas beberapa pengeluar lain membayangkan akan memperkenalkan model terbaru mereka pada acara itu, kini muncul pula laporan Huawei akan turut melakukan perkara yang sama.

Menurut ETNews, Huawei dijangka memperkenalkan telefon boleh lipat dengan sokongan 5G mereka pada acara yang akan diadakan di Barcelona pada Februari depan itu nanti. Bagaimanapun, tiada sebarang maklumat mengenai nama peranti tersebut diperolehi setakat ini.


Model keluaran Huawei itu juga dikatakan akan mempunyai saiz paparan sebesar 8-inci, lebih besar berbanding peranti sama keluaran Samsung. Samsung Galaxy F sebelum ini didakwa akan mempunyai luas paparan 7.3-inci dan akan diperkenalkan secara rasmi pada bulan Mac 2019.

Telefon dengan skrin boleh lipat dari Huawei ini juga mungkin akan menggunakan sistem cip yang baharu, Kirin 990 seperti yang dilaporkan sebelum ini. Ia kerana sistem cip terkini Kirin 980 dikatakan tidak mempunyai kebolehan untuk menyokong sambungan 5G.



Korea Selatan disebut-sebut bakal menjadi negara pertama yang menerima ketibaan peranti ini memandangkan mereka sudah mempunyai sokongan untuk sambungan 5G.

Sumber: ETNews via Phone Arena

No comments:

Powered by Blogger.