Advertising

Jom Cuba Teknik Paling 'Rare' Ni Untuk Tidurkan Bayi, Guna 3 Bahan Je!

Views

Sudah menjadi lumrah ibu bapa untuk menghadapi dugaan bayi tidak tidur lena dan selalu terjaga.

Bukan sahaja pada waktu malam, tetapi isu bayi tidak tidur lena ini boleh berlaku pada bila-bila masa setiap hari. Ramai ibu bapa yang mengalami dugaan ini terutamanya ketika bayi mereka masih di bawah umur satu tahun.


Meskipun sudah berusaha sedaya upaya untuk menidurkan bayi mereka, namun bayi tetap mudah terjaga dari tidur. Kadang-kadang perkara sebegini boleh menimbulkan stress.

Buat ibu bapa di luar sana yang masih berhadapan dengan isu ini, nasib anda mungkin berubah buat selama-lamanya selepas ini.


Laman Facebook Pakar Kesihatan Bayi pada 25 Oktober 2018 lalu telah berkongsi satu tips tidurkan bayi yang paling mudah, simple, dan agak 'out of the box' untuk para ibu bapa praktikkan. Tips mudah ini telah pun mendapat lebih daripada 13,000 shares ketika artikel ini ditulis.

Memang senang! Ibu bapa hanya perlukan 3 bahan sahaja dan bahan-bahan ini juga selalunya sudah pun ada di setiap rumah iaitu sarung tangan plastik, beras, dan gelung getah.

Macam mana nak buat? Baca di bawah:

Anak saya ni susah betul nak tidur lena.. Saya baru nak berganjak ke dapur, baby dah boleh bau saya nak bangun..

Pening juga takkan lah sepanjang masa nak kena pegang baby kan? Rumah nak tak nak kena kemas..

Sebab saya jenis tak suka bersepah.. Hari2 nak kena kemas..


Tak tau nak buat apa saya pm personal Uncle Baby.. Tips ni pun saya dapat percuma dari Uncle Baby.. Alhamdulillah tips ni mmg sgt membantu.

Senang je cuma guna 3 benda.. getah, sarung tangan (plastik), beras..

Isikan beras dalam plastik sarung tangan, lepastu ikat dengan getah.. Dah siap!




Kemudian letakkan di atas badan bayi. Ini hasilnya!


Bayi pun akan terus tidur lena dibuai mimpi indah.

Macam tak percaya kan? Selamat mencuba para ibu bapa sekalian!


Sumber : Says Seismik

No comments:

Powered by Blogger.