Advertising

LEGO Ini Dicipta Khas Untuk Orang Dewasa, Kini Kami Bukan Kanak - Kanak Riang Lagi! Yeahuuu

Views

LEGO ialah permainan yang sesuai dimainkan oleh kanak-kanak berumur 2 tahun sehinggalah orang dewasa yang masih berpegang teguh kepada mantra “I don’t wanna grow up I’m a Toys R’ Us kid”. Kami mengacungkan tangan ke langit dan mengaku tergolong di dalam kategori ini. Mereka turut menghasilkan set Technic untuk remaja sejak 1984.


Syarikat yang berasal dari Denmark ini akhirnya melancarkan siri permainan yang direka khusus untuk golongan dewasa. LEGO Forma dihasilkan untuk pemain menghilangkan tekanan di tempat kerja. Set pertama membolehkan pemain membina model ikan yang bergerak dengan tubuh yang diperbuat daripada kertas yang boleh diwarnakan sendiri. Mereka boleh membina tiga ikan Koi atau seekor jerung. Set

LEGO Forma hanya boleh dipesan menerusi laman biayasama Indiegogo dengan harga jualan $15 (~RM 63) sebuah atau $88 (~RM 369) untuk keempat-empat jenis ikan.









No comments:

Powered by Blogger.