Advertising

Makna Sebenar Di Sebalik Lagu Bohemian Rhapsody Ciptaan Freddie Mercury

Views

Lagu Bohemian Rhapsody ciptaan vokalis utama The Queen iaitu Freddie Mercury adalah lagu yang melonjakkan nama  kumpulan rock British yang ditubuhkan pada 1970 ke persada dunia sehingga ke hari ini. 

Generasi Y tidak boleh disalahkan jika tidak tahu lagu Bohemian Rhapsody kerana The Queen lebih dikenali dengan lagu We Are The Champions yang sering berkumandang pada acara sukan terutama bola sepak.

Namun, ketahuilah Bohemian Rhapsody ialah lagu klasik yang dianggap ramai pihak, sama ada penganalisis industri mahupun pendengar biasa sebagai antara lagu terbaik pernah dicipta.

Bohemian Rhapsody ialah lagu yang mempamerkan sudut kreativiti Freddie yang luar biasa pada zamannya. Secara ringkasnya, lagu ini mencantumkan tiga genre iaitu cappella, opera dan rock. Lagu ini tiada korus. Ini menjadikannya sangat panjang iaitu 5 minit 55 saat. Sekali gus bermakna sulit untuk disiar di radio.

Lagu ini adalah antara yang paling banyak dianalisis daripada segi lirik dan muzik dalam sejarah muzik global. Ramai beranggapan lirik ini ditulis oleh Freddie berkaitan penyakit AIDS yang dihidapinya. Baca liriknya dibawah ini : 

Is this the real life? Is this just fantasy?
Caught in a landslide, no escape from reality
Open your eyes, look up to the skies and see
I'm just a poor boy, I need no sympathy
Because I'm easy come, easy go, little high, little low
Any way the wind blows doesn't really matter to me, to me

[Verse 1]
Mama, just killed a man
Put a gun against his head, pulled my trigger, now he's dead
Mama, life had just begun
But now I've gone and thrown it all away
Mama, ooh, didn't mean to make you cry
If I'm not back again this time tomorrow
Carry on, carry on as if nothing really matters

[Verse 2]
Too late, my time has come
Sends shivers down my spine, body's aching all the time
Goodbye, everybody, I've got to go
Gotta leave you all behind and face the truth
Mama, ooh, (Any way the wind blows)
I don't want to die
I sometimes wish I'd never been born at all

[Guitar Solo]

[Verse 3]
I see a little silhouetto of a man
Scaramouche, Scaramouche, will you do the Fandango?
Thunderbolt and lightning, very, very fright'ning me
(Galileo.) Galileo. (Galileo.) Galileo. Galileo Figaro magnifico
I'm just a poor boy, nobody loves me
He's just a poor boy from a poor family
Spare him his life from this monstrosity
Easy come, easy go, will you let me go?
Bismillah! No, we will not let you go
(Let him go!) Bismillah! We will not let you go
(Let him go!) Bismillah! We will not let you go
(Let me go) Will not let you go
(Let me go) Will not let you go
(Let me go) Ah
No, no, no, no, no, no, no
(Oh mamma mia, mamma mia) Mamma mia, let me go
Beelzebub has a devil put aside for me, for me, for me!

[Verse 4]
So you think you can stone me and spit in my eye?
So you think you can love me and leave me to die?
Oh, baby, can't do this to me, baby!
Just gotta get out, just gotta get right outta here!

[Guitar Solo]

[Outro]
Nothing really matters, anyone can see
Nothing really matters
Nothing really matters to me
Any way the wind blows



Freddie yang lahir pada 5 September 1946 meninggal dunia disebabkan bronchopneumonia kesan daripada AIDS pada 24 November 1991, sehari selepas membuat pengumuman mengenai penyakitnya.


Freddie Mercury ialah seorang berketurunan Parsi dengan nama asalnya, Farrokh Bulsara, lahir di Tanzania dan membesar di negara yang ketika itu dijajah British. Dia kemudiannya belajar di India sehingga usia belasan tahun sebelum berhijrah ke London bersama keluarganya pada usia 17 tahun. Freddie juga adalah antara selebriti terkenal yang menganut agama 'Zoroastrian' iaitu agama kuno di Arab yang datang sebelum Islam. Disebabkan itu, tidak hairanlah mengapa beliau ada meletakkan 'Bismillah' dalam lirik lagu ini.

Teori mengatakan Freddie menceritakan perihal penyakit AIDS ditolak kerana pada 1975, dia belum bertukar menjadi homoseksual. Tetapi terdapat pengkaji mencatatkan kemungkinan pergolakan jiwa pada Freddie yang ketika itu, sedang mengalami desakan perasaan setelah berkahwin dengan isterinya selama tujuh tahun.

Fantasi

Freddie semasa hidup, tidak pernah mendedahkan apa sebenarnya tersirat di sebalik lirik lagu Bohemian Rhapsody.

‘‘Lagu itu adalah antara lagu yang memiliki rasa fantasi tentangnya. Saya fikir orang patut dengar sahaja lagu itu, fikirkannya, dan buat keputusan sendiri tentang apa makna lagu itu kepada mereka...‘Bohemian Rhapsody’ tidak datang dari langit. Saya ada buat penyelidikan walaupun hanya sepintas lalu dan mengajuk opera. Mengapa tidak?" kata Freddie dalam satu temu bual.

Gitaris utama The Queen, Brian May berkata, tiada siapa akan tahu apa sebenarnya cerita di sebalik Bohemian Rhapsody dan jika dia tahu pun, dia takkan memberitahunya kepada umum.


‘‘Ini kerana saya tidak akan memberitahu orang apa yang tersirat dalam lagu kami. Cara itu hanya akan memusnahkan (lagu) kerana aspek hebat tentang lagu hebat ialah anda boleh mengaitkannya dengan pengalaman peribadi anda sendiri dalam kehidupan anda.

‘‘Saya rasa Freddie memang bertarung dengan permasalahan dalam kehidupannya, yang mana dia memutuskan untuk melakarnya dalam lagu. Saya rasa adalah lebih baik membiarkan sahaja persoalan tergantung,’’ kata May.

Ada beberapa penganalisis telah menganalisis lirik lagu ini dan mendapati ianya adalah berkaitan dengan kisah kehidupan beliau yang bertarung dengan jiwanya yang ke arah biseks iaitu mempunyai nafsu seks terhadap kedua-dua jantina. Untuk lebih jelas boleh tonton video dibawah.



Satu lagi kisah Bohemian Rhapsody ialah lagu ini merupakan lagu paling mahal pernah diterbitkan. Pengkaji percaya kos mahal penerbitannya disebabkan lagu itu adalah pertama seumpamanya, luar biasa pernah digubah pada zamannya. Ramai beranggapan lagu itu mendahului zaman kerana tahap rumit teknik yang digunakan untuk merakamkan lagu tersebut ke piring hitam dan kaset.

The Queen mengadakan latihan selama tiga minggu sebelum memulakan proses rakaman dan kemudian, mengambil masa tiga minggu lagi untuk menyiapkan rakaman. Lagu itu tidak dirakam sekali gus tetapi dipisahkan mengikut seksyen berdasarkan irama dan melodi.

Itu belum lagi menyentuh tentang adunan suara Freddie serta Brian May dan Roger Taylor selaku suara latar. Seksyen lagu opera dirakam secara berterusan untuk tempoh 10 hingga 12 jam sehari dan mereka melakukannya sehingga ke paras had pita rakaman.

Apabila lagu itu diterbitkan sebagai single, Bohemian Rhapsody mencatat kejayaan dengan berada di puncak Carta UK Singels selama sembilan minggu dan terjual lebih sejuta unit pada akhir Januari 1976.

Bohemian Rhapsody mendaki semula carta pada 1991 selama lima minggu berikutan kematian Freddie, sekali gus menjadikan lagu itu sebagai single terbaik UK sepanjang masa.

Lagu Bohemian Rhapsody karya The Queen ini adalah sekelas dengan lagu terbaik pernah digubah dan menjadi nostalgia kepada sesiapa yang pernah mendengar serta menyukainya iaitu Imagine dendangan The Beatles, Wind of Change (Scorpions), Smells Like Teen Spirit (Nirvana) dan Unforgiven (Metallica).

Sumber : Utusan

No comments:

Powered by Blogger.