Advertising

Malaysia Mungkin Menggunakan Alternatif Satelit Untuk Akses Internet Selain Daripada Fiber Selepas Ini

Views

Kerajaan hari ini mengatakan mereka sedang melihat kepada beberapa alternatif dalam terus menambah-baik penawaran akses internet kepada pengguna – sekaligus memastikan rakyat tempatan bersedia ke arah ekonomi digital sepenuhnya.

Buat masa ini, Kementerian Komunikasi dan Multimedia sedang melihat kepada beberapa cadangan dalam usaha untuk terus menambah-baik akses internet – termasuk dengan penggunaan berasaskan satelit.


Seperti ramai sedia maklum, sebelum ini kerajaan telah melaksanakan polisi Pelan Fiber Negara – namun, kos untuknya boleh dikatakan agak tinggi, terutamanya untuk kawasan-kawasan pedalaman.

Pada hari ini, terdapat sejumlah syarikat yang memfokuskan penawaran internet melalui pancaran satelit untuk kawasan-kawasan pedalaman. Di Malaysia sendiri, terdapat syarikat yang menawarkan internet melalui Satelit, iaitu ConnectMe pada harga RM138 untuk akses 25Mbps tanpa had.

Selain daripada itu, menyentuh mengenai dominasi Telekom Malaysia dalam arena industri telekomunikasi, Menteri Komunikasi dan Multimedia mengatakan, mungkin wujud keperluan untuk melihat cara bagi memperluaskan ruang pasaran telekomunikasi ini kepada beberapa pihak lain. Gobind Singh Deo turut mengatakan yang mana kerajaan telah mempunyai rancangan, tetapi beliau masih belum ingin mengumumkannya, dan berharap agak syarikat yang terlibat mengumumkannya sendiri.

Kita mungkin mendengar lanjut mengenai penambah-baikkan akses internet untuk para pengguna tempatan oleh kerajaan, dan langkah-langkah yang akan diambil dalam masa terdekat ini.

Sumber : Bernama

No comments:

Powered by Blogger.