Advertising

Nera - Motosikal Pertama Di Dunia Dihasilkan Hanya Dengan Cetakan 3D

Views

Cetakan 3D kini telah digunakan untuk mencetak komponen pesawat penumpang, kereta, senjata dan juga rumah. Terdapat ramalan mengatakan di masa hadapan setiap rumah akan mempunyai pencetak 3D dan pengguna hanya perlu membeli pelan biru dari pengeluar untuk mencetak produk yang diingini.

Ramalan ini masih belum menjadi realiti tetapi semakin banyak produk telah dihasilkan menggunakan teknik ini.


Nera ialah motosikal pertama yang dihasilkan menggunakan teknik percetakan 3D. Sebanyak 15 komponen digunakan pada motosikal elektrik seberat 60 kilogram ini. Kerana teknologi ini masih belum cukup matang, Nera tidak mempunyai sistem suspensi tradisional.


Bagi memastikan keselesaan penunggang, terdapat sistem penyerap hentakan terbina pada tempat duduk. Tayar yang digunakan juga tidak berangin dan sebaliknya mempunyai rekaan sarang lebah sekali lagi untuk menyerap hentakan. Buat masa ini Nera hanyalah sebuah prototaip dan tidak bersedia untuk dijual kepada umum.

Sumber : Wiser, Bigrep

No comments:

Powered by Blogger.