Advertising

WTF! Ibu Bapa Ini Biarkan Anaknya Kencing Di Atas Kerusi KTM Tanpa Rasa Bersalah

Views

Tutur kata dan perlakuan ibu bapa adalah cermin peribadi anak. Ibu bapa adalah insan yang paling dekat dengan anak-anak. Maka tidak hairanlah jika mereka memberi pengaruh besar kepada anak-anak terutama yang masih kecil sama ada dari segi tingkah laku mahupun pertuturan.


Sering kita mendengar kata-kata kurang sesuai ditutur si kecil, walhal mereka sebenarnya tidak mengetahui akan maksudnya. Tanpa disedari perkataan tersebut diucapkan mungkin selepas sering kali mendengar ibu bapa menuturkannya.

Begitu juga dengan gaya pemikiran dan perlakuan anak-anak. Positif atau negatif pemikiran si anak bergantung kepada intonasi dan ekspresi wajah kedua-dua orang tua mereka. Dengan kata ringkas, tingkah laku anak-anak cerminan kepada tingkah laku ibu bapanya.

Dalam hubungan ini, ibu bapa perlu sedar akan peranan besar mereka dalam mencorak kehidupan anak sejak dalam kandungan lagi, selain menunjukkan contoh yang baik kepada si kecil. 


Baru-baru ini kecoh di laman sosial tentang sepasang suami isteri membiarkan anak mereka membuang air kecil di atas kerusi KTM

Kejadian yang berlaku semasa tren KTM dalam perjalanan dari Butterworth ke Padang Besar itu telah menaikkan kemarahan seorang penumpang yang merasakan perbuatan tersebut kotor dan biadap.

Menerusi perkongsiannya di laman Facebook, XinTian bukan marahkan budak tersebut tetapi terkejut dengan tindakan ibu bapanya yang langsung tidak berbuat apa-apa, bahkan menggalakkan lagi perbuatan budak itu untuk kencing di atas kerusi tren KTM.


Bukan sahaja perbuatan budak itu mengotorkan kerusi tren KTM bahkan air kencingnya turut terkena kasut dan bagasi XinTian.

XinTian yang bengang dengan kejadian itu terus menegur kedua ibu bapa budak tersebut. Yang mengejutkan lagi adalah respon si bapa yang menyatakan dia sanggup membayar orang untuk bersihkan kotoran tersebut dan langsung tidak merasakan bahawa perbuatan anaknya itu salah.



Dalam perkongsiannya itu, XinTian berharap agar pasangan suami isteri itu tidak lagi menghasilkan anak selepas ini. Perbuatan kedua ibu bapa itu hanya akan merosakkan lagi masyarakat dan dia berasa kasihan dengan kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa seperti mereka.

XinTian telah pun memaklumkan hal tersebut kepada pihak KTM dan mereka akan memuat turun rakaman CCTV bagi tindakan selanjutnya.


Lanjutan perkara itu, bapa budak tersebut telah menghantar mesej kepada XinTian menerusi laman Facebook dan menyatakan rasa ketidakpuasan hatinya

Dia berasa marah kepada XinTian kerana tidak memahami situasi anaknya pada ketika itu yang memang tidak tahan untuk membuang air kecil. 



Rata-rata netizen tidak setuju dengan tindakan ibu bapa tersebut yang membiarkan anak mereka kencing di atas kerusi tren KTM.




Ibu bapa, jadilah contoh yang terbaik buat anak-anak anda. Ingat, bagaimana acuan begitulah kuihnya!

Sumber : Says Seismik

No comments:

Powered by Blogger.