Advertising

AirCar - Ini Barulah Kereta Terbang Yang Sebenar, Bukannya Drone Gergasi!

Views

Berbaki beberapa hari sahaja lagi memasuki tahun 2020, mungkin ada diantara anda yang masih mengharapkan kereta terbang bakal menjadi realiti seperti yang dihebohkan hampir dua dekad lalu.

Menerusi pameran di Ekspo Import Eksport Kebangsaan China (CIIE) yang diadakan di Shanghai baru-baru ini, seorang jurutera dan juruterbang dari Slovakia berjaya menjadikannya sebagai realiti dengan memperkenalkan sebuah kereta terbang yang dinamakan sebagai Aircar.


Hadir dengan rekaan yang mudah alih, kipas pada bahagian belakang dan sayap model ini mampu dilipat membolehkan Aircar beroperasi seperti kereta biasa. Penawaraan keberkesanan enjin yang sempurna antara yang membuatkan model ini mampu digunakan secara komersial.

Lebih menarik, Aircar dicipta untuk orang ramai atau dalam erti kata lain para pemandunya tidak memerlukan latihan khusus untuk menerbangkan Aircar.

Kehadiran Aircar pada Ekspo CIIE ini ternyata berjaya membuatkan para pengunjung teruja serta berharap model ini mampu diperluaskan kepada pasaran umum.



Sumber : Vocket

No comments:

Powered by Blogger.