Advertising

Doll Head Trail : Track Hiking Yang Menarik Namun Agak Menyeramkan Di Atlanta US

Views

Ular, serigala dan labah-labah biasanya haiwan yang ditakuti kalau hiking dalam hutan tetapi di Constitution Lakes Park Atlanta, Georgia, lain pula halnya kerana dalam kawasan taman hutan tu tersembunyi anak2 patung lama, usang yang berwajah agak hodoh. Siapa yang main anak patung dalam hutan?

Taman hutan ni dikenali sebagai the 'Doll Head Trail'. Sepanjang jalan track hiking disini dipenuhi dengan anak2 patung usang berlumut, buruk, yang creepy seakan2 minta nyawa. 'Nyawa please' euww.. Kalau berjalan atau hiking malam2 tersuluh dengan 'headlamp' mahunya menjerit pengsan kat situ..kuss semangat..saya tak kuat awak..haha..tak boleh nak imagine tiberrrrr anak patung tu ketawa mengekek-ngekek bangun, siap ajak bermain2, aduhai..ni yang nak menyumpah seranah je ni..hmm..


Tempat apa ni sebenarnya? Sebenarnya sebelum adanya Constitution Lakes Park ni, tempat ni dahulunya adalah kilang batu-bata yang wujud sejak abad ke-19. Selepas ditutup lebih dari 50 tahun, tempat itu mula menjadi hutan belantara.

Dikatakan kilang batu bata ni ditenggelami oleh air bah jadi ianya menjadi kolam atau disebut tasik.


Pada tahun 2003, Dekalb County, Georgia membeli tapak seluas 125 hektar disitu dan membuka laluan keretapi supaya orang ramai boleh singgah disitu menikmati keindahan alamnya serta tasik.


Tapi bukanlah kehijauan pokok2 serta keindahan tasik, dan haiwan2 yang menjadi tarikan tetapi anak2 patung yang ditinggalkan tak tahu siapa punya? Siap dengan aksesori nya lagi..eh siapa punya anak patung ni?? Seriouslah..Apa kaitan anak patung dengan kawasan ni?


Menurut penduduk tempatan, yang dikenali sebagai Joel Slaton, sejak taman track itu dibuka, banyak sampah sarap dibuang sesuka hati oleh hikers serta pengunjung jadi orang-ramai disitu mengilhamkan supaya meletakkan anak2 patung creepy menakutkan disitu supaya pengunjung tidak lagi sesuka hati membuang sampah merata-rata. Yang menariknya cadangan ini berkesan!





Track hiking disini tidaklah susah sangat, senang saja katanya. Ok alamat penuhnya :
Constitution Lakes Park, 1305 South River Industrial Boulevard SE, Atlanta, Amerika

Sumber : Misteri Alam De Paranormal FB Page

No comments:

Powered by Blogger.