Advertising

Hacker Dari Algeria Ini Adalah 'Real-Life' Robin Hood Kerana Berjaya Menggodam Bank Dan Seterusnya Membantu Palestin Dan Afrika

Views

Bila sebut pasal Robin Hood mesti kita akan teringat susuk karakter animasi dari Disney yang berpakaian hijau dan berseluar coklat dengan busur dan anak panah sebagai peneman. Siapa sangka, Robin Hood benar-benar wujud, dan dia lakukan perkara yang sama dia lakukan dalam animasi, iaitu mencuri untuk membantu.

Hamza Bendelladj, seorang pemuda Algeria seorang penggodam komputer yang dikehendaki didunia yang menjadi buruan FBI dan Interpol. Ini kerana, beliau telah berjaya menggodam lebih daripada 200 sistem perbankan Amerika Syarikat termasuk portal rasmi kerajaan Israel dan mencuri data-data bank. Setelah 3 tahun dalam burunan, akhirnya beliau ditangkap.

Beliau juga telah mencipta dua jenis virus, TrojanHorse dan SpyEye dalam usahanya menggodam beberapa sistem perbankan. Untuk SpyEye, melalui virus ini beliau mampu mencuri data peribadi yang digunakan untuk masuk ke dalam akaun kewangan dalam talian.

Namun wang yang dicurinya menerusi kerja-kerja penggodaman yang dilakukan diserahkan semua kepada badan amal Palestin dan Afrika. Ini menyebabkan beliau dianggap sebagai perwira dikalangan rakyat Algeria kerana sikap pemurah hatinya.

#savepalestine
#palestine

Sumber : AmazingNara

No comments:

Powered by Blogger.