Advertising

Jose Mourinho - Selamat Kembali Ke EPL Pengurus Terbaru Tottenham Hotspur!

Views

Jose Mourinho telah disahkan sebagai ketua jurulatih Tottenham Hotspur dengan perjanjian kontrak sehingga musim 2023.

Bekas pengurus Manchester United dan Chelsea itu menggantikan Mauricio Pochettino yang telah dipecat pada Selasa atas sebab kehilangan mandat di bilik persalinan.

Rundingan di antara Spurs dan Mourinho – yang menganggur sejak meninggalkan Old Trafford pada Disember – giat dilakukan pada awal pagi Rabu untuk menyelesaikan segala terma dan syarat dalam kontraknya.
Mourinho kemudian diumumkan secara rasmi oleh Spurs. Perasaan penyokong Spurs agak bercampur aduk kerana ramai antara mereka yang masih sayangkan Mauricio Pochettino.

Pochettino meninggalkan Tottenham ketika pasukan itu di tangga ke-14 EPL dan cuma menang lima perlawanan liga pada musim ini. disingkirkan oleh Colchester dalam saingan Piala Carabao serta dibelasah 7-2 kepada Bayern Munich dalam kempen UCL di tempat sendiri.

Mourinho sudah masuk ke pejabat dan memulakan sesi latihan beliau semalam. Para pemain juga sudah melapor diri kepada beliau. 

Dan dalam temuramah pertama beliau dengan Spurs, Mourinho berjanji akan memberikan segala semangat dan kesungguhannya untuk membantu Spurs.

Mourinho berkata: “Apa yang saya boleh janjikan? Kesungguhan, kesungguhan sejati untuk tuhas saya. Juga kesungguhan untuk kelab saya. Inilah cara yang saya sepanjang karier.” 

“Saya seorang yang suka mencuba. Jelas sekali, saya mahu melakukan apa sahaja untuk memberikan kegembiraan kepada semua orang yang menyayangi kelab ini.” 

Tugasan pertama Jose Mourinho adalah derbi kota London berhadapan dengan West Ham pada hujung minggu ini.

Sumber : Semuanya Bola

No comments:

Powered by Blogger.