Advertising

WTF! Kos Untuk Menggantikan Skrin Huawei Mate X Lagi Mahal Daripada Sebijik Iphone 11!

Views

Huawei Mate X mula dijual di China pada 15 November lalu. Dalam masa beberapa minit sahaja, kesemua unit yang ditawarkan telah habis dijual walau harga jualan RMB 1699 (~RM 10,077) sebuah.

Selepas seminggu dijual, Huawei telah mengeluarkan senarai kos menggantikan komponen peranti sekiranya ia mengalami kerosakan. Sedikit mengejutkan kos menggantikan skrin boleh lipat Mate X adalah lebih mahal berbanding sebuah iPhone 11 dengan storan 256GB.


Huawei mengenakan caj RMB 7080 (~RM4197) untuk skrin baharu. Di Malaysia iPhone 11 dengan storan 256GB dijual pada harga RM4099 sebuah. Ini jiga adalah jauh lebih mahal berbanding kos menggantikan skrin Galaxy Fold iaitu RM2540 sekeping. Selain itu kos kedua termahal ialah menggantikan papan induk iaitu RMB 2579 (~RM1470) dan menggantikan kamera pula ialah RMB 698 (~RM 414). Buat masa ini Mate X hanya ditawarkan di China.

Sumber : Amanz

No comments:

Powered by Blogger.