Advertising

Gadis Ini Kongsi Pengalamannya Yang Berjaya Menyelamatkan Mangsa Gangguan Seksual Di Dalam Tren

Views

Kita selalu dengar golongan wanita sering ‘dikacau’ di tempat awam, ketika bersendirian, malah lebih mengejutkan apabila ada juga yang diganggu ketika sedang memandu.

Seperti kisah yang terjadi baru-baru ini, seorang gadis dikenali sebagai Hanan Faizure berkongsi di laman Twitter miliknya bagaimana dia menyelamatkan seseorang yang menjadi mangsa gangguan seksual di dalam tren.

Perkongsiannya itu telah menerima lebih 18,400 retweets dan juga 17.8 ribu tanda suka daripada netizen.
Menurut perkongsian tersebut, beliau melihat seorang wanita menjadi mangsa gangguan seksual yang dilakukan oleh seorang lelaki berbangsa India di dalam sebuah tren. Nekad untuk membantu, beliau kemudiannya mencuit mangsa dan menunjukkan nota mengajak mangsa tersebut turun dari tren berkenaan.

Tambahnya lagi, wanita malang tersebut kelihatan lemah dan terus menangis disebabkan setelah mereka turun di stesen Chow Sow Lin.

Oleh itu, beliau memohon agar agar wanita di luar sana lebih berhati-hati dan memberanikan diri untuk bantu mereka yang dilihat menjadi mangsa gangguan seksual di tempat awam. Beliau juga turut menceritakan perbuatan terkutuk yang dilakukan oleh lelaki tersebut kepada mangsa.

Rata-rata netizen memuji tindakan pantas gadis tersebut dan ada netizen yang turut menceritakan pengalaman yang hampir sama dialami oleh mereka. 


Diharapkan dengan perkongsian ini dapat membuka mata orang ramai untuk lebih perihatin dan segera membantu jika terlihat kejadian yang sama berlaku di hadapan mata kita.

Sumber : Vocket

No comments:

Powered by Blogger.