Advertising

Inilah Senarai Skandal Terbesar Industri K-Pop Kesayangan Dak Hipster Malaysia Bagi Tahun 2019!

Views

Sedar tak sedar, kita sudah pun tiba ke penghujung tahun 2019. Rasa macam sekejap sahaja masa berlalu kan?

Kalau dilihat dalam tempoh setahun ini, banyak betul kontroversi yang melanda khususnya dalam industri Korean Pop atau lebih dikenali sebagai Kpop.

Bukan itu sahaja, semua isu yang terjadi dalam tempoh masa yang rapat nyata membuatkan ramai peminat Kpop mengakui bahawa tahun 2019 ini adalah tahun yang buruk buat industri tersebut.


Jom kita imbas kembali kontroversi besar yang melanda industri Kpop tahun ini...

1. Skandal kelab Burning Sun

Pada 28 Januari 2019, kecoh apabila satu video tular melibatkan seorang lelaki yang dipukul di luar sebuah kelab Burning Sun kerana dipercayai menyerang secara seksual salah seorang pengunjung di sana. 

Bagaimanapun, lelaki tersebut kemudiannya tampil menerangkan hal sebenar di mana dia hanya menolong seorang wanita yang memerlukan pertolongannya sebelum dipukul oleh sekuriti kelab tersebut. 

Kes itu kemudiannya mendapat liputan meluas setelah didapati kelab itu milik ahli Big Bang iaitu Seungri namun penyanyi itu kemudiannya menjelaskan bahawa dia tiada kaitan dengan pengurusan kelab tersebut melainkan sebagai pegawai publisiti sahaja.


Bagaimanapun, kes tersebut sekali lagi mendapat perhatian netizen apabila didapati kelab berkenaan banyak terlibat dengan salah laku seperti pelacuran, melobi, rasuah, dadah dan juga penyebaran video haram. 

Selain itu, terlalu banyak nama-nama besar dikaitkan dengan skandal ini menjadikan ia salah satu skandal terbesar dalam sejarah Kpop. 

Setakat ini, kes tersebut masih dalam siasatan pihak polis. Seungri juga kini dalam siasatan untuk kesalahan menggelapkan wang dan rasuah di mana dia memberikan kerjasama sepenuhnya. 


2. Jung Joon Young kakao talk group chat


Skandal kelab Burning Sun seterusnya membawa kepada pendedahan satu lagi kes besar iaitu melibatkan selebriti, Jung Joon Young; di mana dia mempunyai sebuah group chat khas untuk berkongsi video-video wanita yang diambil tanpa pengetahuan mereka. 

Selain Jung Joon Young, Seungri juga berada di dalam group chat itu bersama beberapa ahli lain termasuklah ahli FT Island, Choi Jong Hoon.

Selain itu, dua lagi selebriti yang terpalit dengan kontroversi tersebut adalah ahli Highlight, Yong Junghyung dan ahli CNBlue, Lee Jong Hyun namun kedua-duanya menafikan terlibat namun mengetahui mengenai kewujudan group chat tersebut. 


Hujung November lalu, Mahkamah Seoul menjatuhkan hukuman enam tahun penjara kepada Jung Joon Young atas kesalahan merakam dan menyebarkan video secara haram sementara Choi Jong Hoon pula dikenakan hukuman lima tahun penjara. 

Kedua-dua mereka juga harus menjalani 80 jam rawatan keganasan seksual dan dilarang bekerja dengan kanak-kanak.

3. Artis bunuh diri

Tahun ini menyaksikan ramai selebriti Korea Selatan yang membunuh diri. Pada 29 Jun 2019, pelakon, Jeon Mi Seon ditemui tidak sedarkan diri di sebuah hotel di Jeonju. 

Dipercayai, pelakon drama He is Psychometric itu mengalami depresi sebelum mengambil keputusan tersebut.


Selain itu, satu lagi kes kematian yang menggemparkan industri adalah bekas ahli F(X), Sulli. Dia ditemui menggantung diri di tingkat dua kediamannya di Cheongdam-dong sebelum disahkan mati oleh pihak polis pada 14 Oktober lalu. 

Antara sebab Sulli bertindak demikian kerana depresi serta sering dibuli oleh netizen dengan kata-kata kecaman.


Saat netizen masih lagi bersedih dengan kematian Sulli, sekali lagi dunia Kpop digegarkan dengan kematian Goo Hara di rumahnya pada 24 November lalu. 

Sama seperti Sulli, Goo Hara juga berdepan dengan depresi malah pernah beberapa kali cuba membunuh dirinya. Selain itu, dia juga pernah dipukul oleh bekas teman lelakinya menyebabkan dia kemurungan. 


4. Idol keluar grup

Tahun 2019 juga menyaksikan ramai sebilangan besar idol yang mengumumkan keluar daripada grup bermula dengan ahli Big Bang; Seungri, FT Island; Choi Jong Hoon, CNBlue; Lee Jonghyun dan Highlight; Yong Junghyung kerana skandal mereka. 

Kemudian, diikuti pula dengan ketua grup iKON iaitu B.I atau nama sebenarnya Kim Hanbin setelah 'kantoi' cubaan dia membeli dadah pada tahun 2013 lalu oleh bekas trainee, Han Seo Hee. 

Selepas itu, ahli Monsta X iaitu Wonho turut mengumumkan keluar grup setelah Han Seo Hee dan teman wanitanya, Jung Da Eun mendedahkan dia pernah berhutang dengannya.


Selain itu, antara idol lain yang keluar grup adalah Super Junior; Kangin, AOA; Minah, Stray Kids; Woojin, The Boys; Hwall  dan beberapa lagi grup lain.


5. Manipulasi undian Produce X 101


Program realiti yang telah melahirkan grup popular seperti IOI, Wanna One, Iz*One dan terbaru X1 berdepan dengan skandal besar apabila penonton syak bahawa rancangan tersebut ada sesuatu yang mencurigakan dari segi undiannya. 

Susulan itu, penonton membuat laporan polis seterusnya membawa kepada penangkapan dua penerbit program itu iaitu Ahn Joon Young dan Kim Young Bum. Mereka kemudiannya didakwa di bawah kesalahan penipuan, rasuah dan juga menghalang perniagaan. 

Salah seorang penerbit iaitu Ahn Joon Young kemudiannya mengakui memanipulasi undian pada musim ketiga (Iz*One) dan keempat (X1).

Bagaimanapun, setelah siasatan menyeluruh mendapati terdapat manipulasi undian berlaku pada musim pertama (IOI) dan kedua (Wanna One) membuatkan ramai yang tertanya siapakah ahli yang sepatutnya tidak debut dalam grup tersebut. 

Setakat ini, baik Iz*One mahupun X1 menghentikan promosi mereka kerana skandal tersebut.


Kepada semua peminat Kpop, semoga tahun 2020 akan memberikan sinar kepada anda semua. Kita lupakan tragedi 2019 dan teruskan kehidupan ya.


Sumber : Says Seismik

No comments:

Powered by Blogger.