Advertising

Manchester United Bangkit Dari Kekalahan Dengan Membelasah Newcastle United 4-1 (Highlight)

Views

Matty Longstaff menghasilkan gol kemenangan untuk Newcastle ke atas Manchester United pada Oktober lalu – sekali gus memberikan tekanan kepada kedudukan Ole Gunnar Solskjaer sebagai pengurus pada ketika itu.

Hampir dua bulan kemudian – kini di Boxing Day – pemain remaja berusia 19 tahun ini kelihatan akan memanjangkan kedukaan buat Manchester United dan Solskjaer.

Longstaff mejaringkan hanya gol kedua beliau di dalam bola sepak profesional untuk memberikan pendahuluan kepada Newcastle ke atas Manchester United di Old Trafford.


Hanya selepas tujuh minit Newcastle di hadapan, United kemudiannya bangkit menerusi jaringan Anthony Martial untuk memulakan kebangkitan yang membuatkan anda tertanya-tanya: Inikah pasukan yang tewas kepada Watford 4 hari yang lalu?

Penjaga gol Newcastle, Martin Dubravka sepatutnya mampu menampilkan aksi lebih baik untuk menampan rembatan deras Martial di near post yang menghasilkan gol penyamaan tersebut.

Bagaimanapun, Dubravka langsung tidak diberi peluang untuk menyelamatkan rembatan deras kaki kiri Mason Greenwood yang sedikit terbias dari pemain pertahanan Newcastle sebelum menerjah masuk.


Selepas itu, giliran Marcus Rashford pula menjaringkan gol ke-11 di saingan Liga Perdana Inggeris pada musim ini, melalui lonjakan tinggi – sebelum menanduk masuk.

Tandukan tersebut merupakan satu lagi kualiti yang sering dipersoalkan terhadap Rashford, yang dilabel sebagai bukan No.9 sejati.

Lebih menarik, bantuan gol tersebut tiba dari Aaron Wan Bissaka – yang pertama oleh pemain ini sejak menyertai United.

Lima minit selepas babak kedua bersambung, Newcastle terus berduka apabila Martial memintas hantaran ke belakang Sean Longstaff, sebelum mengakhirinya dengan penyudah klinikal untuk gol keempat United pada malam ini.


Manchester Uited menguasai 76% penguasaan bola pada babak kedua, dan langsung tidak membuka ruang untuk Newcastle kembali mencabar.

Secara keseluruhan perlawanan ini dikuasai sepenuhnya oleh United, dengan beberapa aksi meyakinkan terutama daripada barisan muda pemain United.

Mungkin perkara terutama yang perlu Solksjaer fikirkan ialah konsistensi.

Highlights: United 4 Newcastle 1
Perfect Boxing Day viewing 👌
Posted by Manchester United on Thursday, December 26, 2019


Sumber : Semuanya Bola

No comments:

Powered by Blogger.