Advertising

Selamba Je Perempuan Ni Pergi Ke Tayangan Star Wars Dengan Kostum Star Trek

Views

Star Wars: The Rise of Skywalker telah ditayangkan di pawagam seluruh dunia. Ia telah berjaya menarik pelbagai reaksi bercampur-baur dari pengkritik, manakala peminat dilihat lebih menikmati.

Walau bagaimanapun, ada kisah menarik dari seorang peminat dari Filipina yang berseragam Starfleet dari filem Star Trek sambil bergambar bersama dengan poster Star Wars.

Kejadian yang berlaku pada 2017 ini mendapat beberapa kecaman dari netizen, tetapi ada juga beberapa netizen yang menerima ‘lawak halus’ dari wanita ini.


Beliau memberitahu GMA News bahawa idea terbabit hadir ketika beliau sedang duduk melepak bersama kawan-kawannya dan mereka mencetuskan idea ini untuk beliau.

Dia juga menggambarkan dirinya sebagai peminat Star Wars 49%, peminat Star Trek 49%, lapor GMA News.



Pada filem Star Wars kali ini, Nerd Rage PH sengaja memuatnaik kembali gambar tersebut bagi menambah kemeriahan filem Star Wars : The Rise Of Skywalker.

Walaupun wanita ini telah menonton filem terbabit, tetapi dia juga tidak mahu terlepas apabila ada Nerd Rage PH menawarkan tiket percuma untuknya. 

Sumber : Vocket

No comments:

Powered by Blogger.